Sunday, August 2, 2009

pencemaran bahasa


'Pencemaran' boleh kita istilah kan sebagai pemasukan bahan tercemar ke dalam persekitaran hidup kita. Banyak jenis pencemaran yang boleh kita lihat dengan pancaindera seperti pencemaran udara, sungai, bunyi dan sebagainya. Manakala 'bahasa' bermaksud alat pertuturan yang digunakan oleh seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain. Jadi istilah 'Pencemaran Bahasa' ialah penggunaan bahasa yang tidak betul dan jelas menunjukkan kesalahan tatabahasa sama ada dari segi sebutan dan tulisan.

Kebanyakkan pencemaran bahasa dikesan pada papan tanda, papan kenyataan, papan iklan, nama taman perumahan dan nama jalan. antara pencemaran yang berlaku ialah seperti ejaan, istilah, perbendaharaan kata, sebutan dan sebagainya. Keadaan ini mengundang pelbagai masalah hingga menimbulkan slanga dikalangan penutur sesuatu bahasa tersebut.

No comments:

Post a Comment