Wednesday, November 4, 2009

selamat berjuang

Esok (05/11/2009) adalah hari peperiksaan bagi kertas "LINGUISTIK & KOMPUTER".
antara tajuk-tajuk yang akan keluar esk adalah mengenai:-
*Makmal ujaran
*Terjemahan bermesin
*Korpus linguistik


kepada rakan-rakan linguistik sekalian, buatlah yang terbaik esok.gudluck kepada semua.

Monday, November 2, 2009

SPEECH ANALYZER

Speech Analyzer merupakan satu alat yang menggunakan sistem komputer untuk menganalisis gelombang bunyi yang terhasil daripada ujaran yang dibuat oleh manusia. Melalui alat ini, kita berupaya menganalisis data audio secara kuantitatif dengan ukuran tepat dan secara kualitatifnya menggunakan graf-graf berkaitan dengan bunyi yang dihasilkan melalui Speech Analyzer. Speech Analyzer dapat menghasilkan nada graf, spektrogram dan spektrum daripada bunyi yang dianalisis. Ketepatan analisis bunyi yang dibuat melalui kaedah ini adalah amat tinggi. Analisis bunyi ucapan mengambil kepada pertimbangan kepada bunyi yang dihasilkan.

Speech Analyzer (S.A) adalah satu program komputer untuk menganalisis akustik bunyi ujaran. Antara fungsi S.A ialah:

  • Membantu penyelidik bahasa membuat analisis pertuturan (termasuk analisis tone)
  • Membantu penyelidik merakam bahasa yang dikaji
  • Membantu dalam transkripsi – jika tidak pasti bagaimana harus mentranskripsi sesuatu bunyi, hanya perlu klik pada fonem tersebut untuk mendengar bunyinya berbanding fonem lain.
  • Membantu menanggapi dan meniru bunyi-bunyi bahasa untuk tujuan pembelajaran bahasa menggunakan fungsi slowed playback, repeat loops and overlays.